MY LIFE & MY LOVE'S

Waktu Sekarang

About Me

MyLove

MyLove

AKIF WAZIEN

AKIF WAZIEN

AWRA WIRDANI

AWRA WIRDANI

BFF

BFF

Thanks korang

Friday, 30 December 2011

Tdik balik keje, t'kejut tgk de adiah besr kt kabinet dapur...uit, utk sape ni..." HAPPY BESDAY WAK SAFARIN"...ooo, opis papa rupernye..tp cm biase le, mama ngn akif le yg paling excited bukak..hahahaa...dlm 1 kotak de 3 adiah...thanks korang2 semua....sy suke...papa suke x? papa suke jerk, pe yg mama suke...heee..so papa, nnti kne psang k!! ;p

Meja lampu & 2 bingkai gambar from IKEA..cantek color putih, sesuai ngn kabinet i yg smua putih 2...mcm tau2 jerk!! ;>

3 bj bingkai cermin jg dr IKEA...bnde ni le yg aku nk sgt2, tp xsempt2 jerk nk m'bli...sbb tgk umah kak fidz, pn saleha & jiran depan umah i, cantek jerk letak cermin2 kecik cmni...

and nuw ngah pkir2..nk letak mne le bnde2 ni semua erk........hihihi...nntikan.... ;)

26.12.2011

Minggu lps jln2 g shah Alam..menunaikn kehendak si kecik akif wazien yg nk tgk upin ipin secara live...tp b4 tat singgah GIANT shah alam dlu...hihihi..xsangka betul rupenyer.....

papa nk belikan ini.....sy suke3x!! time ksih papa ^_____^

lepas dpt brg kt atas 2, bru bwk akif g tgk upin ipin kt space U8, bukit jelutong, shah alam. Shoping complex ni bru bukak, xbnyk kedai lgik pn.





besar sgt tempatnye...tp ktorg jln kt bwh2 jerk...heee

so, dpt le tangkap pic ngn upin ipin...byr rm10 k....^__-

ayat akif ble tgk pic ni "comel la budak ni....." hahaha perasan!! 

sebenarnye dh xsbor nk blik, sbb nk test dapur bru...ekekeke...smpai umah, dgn nada bising mama paksa gk papa pasang dapur cepat...hihihii...

selamat tinggal dapur lama..seusia dgn p'kahwinan ku..sbb adiah kwin...ekekeke

taraaaaaaaaaa!! senyum lebor smpai telinga.......sbb papa dah siap psang, papa pn request cengkodok jagung..ok le, ok le...sbb papa dh blikan, mama pn tunaikn le p'mintaan papa 2....cengkodok jagung kegemaran papa & akif >>>

sedapkn mama buat...smpai licin 2 pinggan...heeee....






: Ingatkn dah ade :

Lately aku slalu rase nk mkn jerk..aku pn xtau nape..rase pelik pn de gk. So, smlm aku decide utk uat pregnant test, so g bli kt guardian, hihihi....keputusannya...>>>>

xde rezeki lgik....hurm....so, bru sy sedar yg sy suke mkn2 tu sbb nk gemok!!! bukan sbb de isi di dalam perut ini!!!! hahahahahaha... ^______-^

Semoga berjumpa lagi

Tuesday, 27 December 2011

Ni entry sedih buat diriku...tp berita gembira buat dirinya...Tahniah aku ucapkan dekat officer yg paling closed ngn aku Mdm Grace Dairiam atas kenaikan pangkat beliau ke gred 52..Aku sedih, sbb org yg aku paling closed dlm division aku ni dh xde, lps ni dh xde le org nk gosip2 ngn aku, cite prob msing, dlm erti kata lain, tmpt meluah perasaan...uwaaa!! sob..sob...

Aku tumpang happy, sbb die kt kementerian ni jerk dekat 10thn, dan akhirnya die dpt jgk ke 52.. dh mase die menimba p'galaman di kementerian lain..pastinya ktorg akn merindui die...especially aku k!! 

Ni pic sgt2 gembira kt division ktorg...skg xlgik..penuh dgn pergolakan...huhuhu

Mdm Grace antara org yg paling b'pgalaman dlm division ktorg...sgt senang keje ngn die, & beliau sgt mudah utk membuat kputusan..(m'yenangkn kje2 ktorg). Pd beliau, sentiasa de jalan p'yelesaian..kecil2 cili api k!! Wish u LUCK at a new place....>> MOF.....Semoga kte jumpa lgik!!! klu naik 54, crik la i jdik PA u!! ahaks!! ^____^

Dari dapur masakan...

Sunday, 25 December 2011

ni bukan nk cite psal masak erk..hee...semalam mmg mood memasak aku ke lautt...so, crik mkan kt luar jerk. Arini tuk m'bangkitkan mood memasak aku, aku seret2 skali laptop ke dapur, hahahaha...smbil2 lyan lagu2 retro pg2 ni...wahhh!! best tul lagu2 retro pg2 ni..i followwwww....heeee ;>

so, m'update blog dr dapur, b'temankan bwg merah, bwg putih, dan kwn bru dlm drama ini iaitu si cili padi...ahaks !

pg2 mnggu lps solat subuh xleh nk tido blik, so lyan le fb dlu, bukak2 email, lyan2 brite bgitu la jadual seorng surirumah ketika cuti...ahaks! alamak, retro sgt le plak lagu ni...ok, smbil2 ptong bwg kte goyang2 punggung ckit!! hahahaha....mmg xde kerja sungguhkn aku!! lalalalalaalala.....k, yok msak!! msak nsik goreng jerk pong!!! kuikuikui...

- HOME SWEET HOME -

::each a cup::

Saturday, 24 December 2011


if you're going to TESCO, can try "each a cup"...nice!!  this time i try chocolate oreo..nyum2x

Purse

Ini purse yg aku pkai skg. Purse ni aku bli since 2007..dh hamper 7thn aku pkai purse ni, syg sgt nk tukar!! Purse ni aku bli murah jerk, RM10 time 2 jualan raye xsilap aku kt sg besar...hahahaha. Wlupn RM10 tp tgk le, tahan smpai skg, BONIA lgik k!! ahaks! Xde koyak lgsung!! mmg syg sgt nk tukar, tp biase le brg, ble2 dh lme2 bowing plak + kad2 bank yg smkin bnyak...wahahahaha!! so nk xnk aku decide nk bli bru...

Taraaa!! dh bli bru...eh bukan bli, de org yg b'murah hati blanje i purse baru ni...thank u sgt2 ye...sy sgt suke!! sempena m'abadikan purse lme, aku still memilih color brown sbgai pilihan hatiku....yeahhh!!

Hangat jugak pasal isu ni...

Friday, 23 December 2011

Actually tbe2 rase nk share pasal ini ni... ;>

ADAM ADLI JELASKAN SEBAB BENDERA NAJIB DITURUNKAN


Apa niat dan motif sebenar Adam menurunkan bendera Perdana Menteri?

Adam: Pada hari itu, matlamat kami berkumpul adalah untuk mengembalikan kebebasan berakademik kepada pelajar universiti dan seluruh dunia akademia. Bagi saya isunya bukan terletak kepada bendera itu diturunkan tetapi apakah bendera yang dinaikkan, iaitu bendera ‘Kebebasan Akademik’. Media tidak fokus kepada bendera ini.

Jadi mesej yang saya cuba sampaikan adalah kami tuntut kebebasan akademik untuk semua mahasiswa. Kenapa bendera Datuk Seri Najib Tun Razak yang saya pilih, ia kerana bendera Najib terletak di tiang yang paling tepi sekali dan paling mudah untuk dicapai.

Usaha untuk kebebasan akademik ini sudah berlanjutan sejak lama dahulu. Seperti diumumkan Najib baru-baru ini yang mahu meminda Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) Perkara 15, dengan harapan selepas itu pelajar boleh menyertai gerakan politik tetapi tidak boleh bergerak aktif dengan memegang jawatan-jawatan. Jadi untuk apa pindaan ini dilakukan? Adakah mahasiswa ini hanyalah kuli kepada parti-parti politik? Bagi saya itu satu penghinaan kepada pelajar.

Bukan maksud saya mahu semua pelajar menyertai parti politik dengan pindaan ini, pemimpin atas tidak nampak apa yang pelajar mahukan sebenarnya. Apa yang pelajar mahukan adalah berpolitik dengan tidak semestinya menyertai parti politik. Ia mestilah haluan mahasiswa sendiri dengan boleh mengkritik mana-mana kepimpinan dan dasar serta menerangkan kepada orang ramai tentang isu-isu yang mahasiswa bawakan. Jadi itulah dinamakan berpolitik tanpa perlu berpartisipasi.

Adakah tindakan Adam ini secara individual atau dipengaruhi oleh mana-mana pihak?

ADAM: Pada waktu itu, keadaan mahasiswa yang hadir menyerahkan memorandum kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah di PWTC sebenarnya muram. Ia kerana keadaan terlalu terkawal tanpa ada kekecohan. Bermula dari bangunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) lagi, kami berada di situ dalam tempoh yang agak lama, jadi kami bosan kerana tidak nampak kesan dari memorandum yang kami serahkan.

Setibanya di PWTC, kami harapkan ada pegawai yang menunggu, tapi tiada. Cuma Saifuddin sahaja bersetuju berjumpa dengan kami. Bila kami menyerahkan memorandum, semua pelajar mendengar ucapan daripada Saifuddin. Bagi saya ia tidak boleh jadi. Sebelum itu pelajar bersungguh-sungguh melaungkan kebebasan akademik tetapi apabila menteri datang terus jadi sama dengan pelajar lain. Nampak sahaja menteri, terus salam dan ambil gambar, bagi saya ini bukan cara sebenarnya. Jadi saya ambil bendera dan terus menurunkan bendera Najib digantikan dengan bendera Kebebasan Akademik.

Apabila pelajar lain nampak apa yang saya lakukan, barulah mereka merasakan ‘kemenangan’ bukan hanya jumpa menteri sudah rasa menang. Saya mahu perasaan kemenangan ini boleh dirasai oleh semua pelajar yang hadir pada hari itu.

Ramai yang mempertikaikan tindakan Adam ini sebagai provokasi kepada Umno kerana melakukannya di PWTC, adakah tindakan itu matang bagi Adam?

ADAM: Bagi saya ia matang bagi orang yang memahami isu dan menerima keadaan bahawa mahasiswa sekarang ditekan. Malah bagi saya, banyak lagi tindakan yang jauh lebih tidak matang yang dilakukan pihak-pihak lain seperti menyerahkan kek berupa tahi dan sebagainya kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng baru-baru ini. Adakah bagi mereka tindakan ini matang?

Bagaimana pula dengan kehadiran seorang ahli politik ketika kamu menyerahkan memorandum ini?

ADAM: Mengenai kehadiran ahli politik itu, saya tidak tahu kerana kami tidak pernah menjemput mana-mana ahli politik. Malah dalam Twitter, kami dengan keras menghalau dan memberi amaran supaya mana-mana ahli politik tidak hadir dalam demonstrasi kami pada hari itu. Kami bertegas program ini adalah milik mahasiswa seratus peratus, tiada pengaruh parti politik.

Kami mahu serius, kami turun berdemonstrasi ini bukan kerana terpengaruh dengan mana-mana parti politik, kami datang dengan matlamat yang jelas, iaitu membebaskan dunia akademik.

Adakah Adam sedar mengenai kesan yang bakal dihadapi dari tindakan menurunkan bendera ini?

ADAM: Saya sudah fikir semasak-masaknya, saya bukan orang bodoh. Dalam blog, Facebook dan Twitter ramai yang mengatakan tindakan saya ini bodoh, bangang dan sebagainya tapi saya ingin tanya semula, siapa yang bangang? Siapa yang bodoh?

Adakah mereka sedar tindakan turun naik bendera ini tidak pernah menjadi kesalahan mana-mana tempat dalam dunia ini? jadi saya tahu perkara yang salah dan betul. Jika tindakan itu dikira jenayah, sudah tentu saya teragak-agak untuk melakukannya. Ini adalah satu bentuk ekspresi saya. Sebab itu saya percaya mereka yang mengugut saya ini tidak tahu apa-apa langsung mengenai diri saya.

Kenapa pemimpin-pemimpin parti mengeluarkan ugutan kepada saya? Bagi saya sebabnya adalah kerana undang-undang menetapkan saya tidak bersalah. Mereka tahu tidak boleh mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap saya, sebab itu mereka keluarkan ugutan.

Adakah Adam risau dengan sebarang tindakan yang mungkin Universiti Perguruan Sultan Idris (Upsi) kenakan selepas ini?

ADAM: Memang sebelum buat saya risau, tetapi selepas melakukannya saya tidak lagi risau. Apa yang saya risau selepas tindakan menurunkan bendera hanyalah mengenai keselamatan saya. Saya tahu jika saya mahu belajar, saya boleh belajar di mana-mana sahaja. Bagi saya tidak perlu duduk dalam kampus untuk belajar. Saya tidak risau jika dibuang oleh universiti kerana ini jalan yang saya pilih.

Bagaimana pula penerimaan mak dan ayah Adam dengan apa yang telah berlaku?

ADAM: Ayah adalah orang pertama tahu perkara ini. Ayah bertanya tentang keadaan saya. Saya beritahu ayah, saya selamat dan berterima kasih dengan kawan-kawan yang membantu saya, tanpa mereka saya tidak tahu apa yang akan terjadi pada diri saya. Apabila saya bercakap dengan mak, mak kata jangan risau dan merestui perjuangan saya.

Sehingga hari ini saya masih berterusan berkomunikasi dengan keluarga saya dan memberitahu keadaan saya masih selamat. Saya pernah bertanya mak dan ayah tentang tindakan yang saya lakukan, adakah ia betul atau salah? Ayah kata, “sejak dari dulu lagi ayah yakin dengan apa yang kamu buat dan jangan patah balik, teruskan.”

Mak pula kata, “mak sokong kamu.” Saya amat kagum dengan ayah dan mak saya.

Mereka kata, jika mahu berjuang, maka berjuanglah menuntut kebenaran. Ayah dan mak saya bukanlah orang politik, dakwaan-dakwaan yang mengatakan mak saya penyokong kuat pembangkang adalah tidak benar sama sekali. Mak saya hanyalah seorang suri rumah. Sebagai mak dia tahu apa yang saya buat ini betul atau salah. Mak saya juga kata jangan takut kepada manusia, takut hanya pada ALLAH. Tiada patah balik bagi saya.

Apa yang saya tidak boleh terima apabila imej keluarga saya difitnah dengan pelbagai dakwaan. Orang yang membuat fitnah ini patut malu pada diri sendiri, mungkin mereka ini dengki kerana tidak mempunyai mak ayah yang menyokong seperti saya.

Apa tindakan Adam selepas ini sekiranya dikenakan tindakan oleh pihak Upsi?

ADAM: Untuk menggantung saya, pihak universiti perlu bicarakan saya. Untuk memanggil saya, perlu pastikan dulu keselamatan saya terjamin. Rakan-rakan Upsi saya ada hubungi, mereka berkata pihak Upsi ada mencari saya, mereka menyarankan saya jangan balik dahulu ke Upsi kerana ada pihak lain mencari saya. Saya juga difahamkan hotel-hotel sekitar Upsi tiba-tiba penuh ketika ini.

Apa yang Adam harapkan daripada tindakan turun bendera ini?

ADAM: Apa yang saya harapkan adalah sedikit perhatian daripada isyarat kepada orang yang masih belum sedar bahawa kepincangan yang berlaku dalam negara sudah teramat teruk. Cukuplah saya mahu menunjuk ekspresi saya dan tidak menyangka ia menjadi mainan media.

Selepas mendapat perhatian media, saya mula berfikir untuk pertahan atau mahu selamat. Untuk keselamatan saya bertawakal.

Adakah Adam mengharapkan tindakan ini bakal menjadi inspirasi kepada mahasiswa lain yang mungkin bertindak lebih agresif?

ADAM: Ini mesej jelas daripada saya, sekarang masanya mahasiswa tidak perlu gentar lagi kerana sebagai mahasiswa kami boleh melihat sendiri penindasan yang berlaku. Kenapa mahasiswa harus gentar bila berhadapan dengan orang-orang yang diundi oleh kita sendiri? Orang-orang ini harus bekerja untuk kita. Jangan sesekali takut, jika tidak betul kami akan tegur, tidak kira dari sebelah manapun.

Saya tidak menggalakkan mahasiswa lain bertindak agresif tetapi apa yang saya harap supaya mahasiswa lain jadi lebih kreatif.

Apa pandangan Adam tentang Auku?

ADAM: Sebelum adanya Auku, universiti-universiti kita hebat dengan mahasiswa yang cukup baik. Contohnya seperti Universiti Malaya (UM) yang diiktiraf sebagai antara universiti terbaik dunia pada ketika itu. Malah mereka boleh capai pencapaian ini ketika pelajar tiada apa yang kita ada pada hari ini, mereka sudah buktikan.

Jadi soalnya kenapa perlu Auku? Adakah kebebasan undang-undang sedia ada masih tidak cukup? Bagi saya dan majoriti mahasiswa lain, dengan pemansuhan Auku, maka fungsi autonomi universiti dan pelajar akan dikembalikan ke tempat asal. Dunia akademia adalah tunjang kepada negara, mereka ini adalah kuasa ketiga. Kita tidak boleh halang kuasa ini.

Dahulu, pelajar mengadakan demonstrasi demi kepentingan rakyat, contohnya seperti isu Baling pada tahun 70an dulu, tetapi sekarang pelajar berdemonstrasi menuntut hak pelajar sendiri kerana kami tidak boleh membantu diri sendiri, bagaimana mahu tolong masyarakat lain? Ia menghalang fungsi sebenar mahasiswa.

Siapa idola Adam?

ADAM: Antara idola saya adalah John Lennon dan Cornelia Sorabji.

Apakah mesej Adam kepada yang memberi ugutan?

ADAM: Saya ingin memberitahu kepada mereka ini, bukan semua perkara seperti yang kita sangkakan. Ingin saya tegaskan di sini, bukan semua orang yang tidak berpuas hati kepada kerajaan mesti menjadi alat pembangkang, perlu jadi pencacai Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak sama sekali.

Tindakan saya itu tidak biadab, saya tidak pernah ancam keselamatan sesiapa pun, malah keselamatan saya yang terancam. Jika ada yang mengatakan tindakan saya turunkan bendera ini salah, maka dakwalah saya di mahkamah. Saya bersedia menghadapinya, tapi bukan dengan cara ugutan begini.

Jadi adakah Adam tetap dengan pendirian untuk tidak minta maaf kepada Perdana Menteri?

ADAM: Saya tidak akan minta maaf. Selepas perkara ini berlarutan sehingga ke tahap ini, tiba-tiba pula saya didesak untuk minta maaf. Bagaimana pula dengan rakan-rakan saya? Saya tidak mahu rakan-rakan saya jatuh semangat sekiranya saya minta maaf.
Bukan maksud saya selama-lamanya tidak meminta maaf, tidak. Pada satu tahap nanti saya perlu juga minta maaf kepada beberapa orang berikutan tindakan saya ini.

Sumber : SINAR HARIAN, ANAK SUNGAI DERHAKA

Hangat2...

Thursday, 22 December 2011

Tengah hangat psal SBPA ni....aku pn kecewa gk ble Diploma yg aku ade ni di sama tarafkn ngn STPM jerk. Bukan pe, at least ksik le gaji 2 b'beza ckit sbb para graduan diploma ni abes2 study bebanan utang PTPTN dh t'sedia dibahu...klu tahu Dip ni sme taraf STPM, baik aku blaja STPM jerk dlu, xde susahkn abah aku..huhu > mode sedih.... so, arini dgr SBPA ditangguhkn, tp bukn tangguh pn, maybe dorng nk kaji. Tp kwn2 SP2 smua..jom kte sign petition ni...mne tau luahan hati kite ni didgr...heee >>>>>

http://www.change.org/petitions/public-services-department-jpa-of-the-government-of-malaysia-to-upgrade-all-setiausaha-pejabat-with-diplomas-iptaipts-from-n27-to-n29-2

##Wordless Wednesday##

Wednesday, 21 December 2011


..................................................................................


Kilang Beryl's

Wednesday, 14 December 2011

Sempena hari b'jimba2 ktorg di opis, ktorg telah mengadakan sesi lawatan sendiri + suka suki ke kilang Beryl's di Seri Kembangan...wah!! bling2x mata tgk chocolate!!! sedap sgt....!! utk merakamkn detik2 ktorg ke lawatan ni, layan le gambar-gambar gedik santai ku ini...wahahahaha!!





Meeting

Hari isnin lepas aku dikehendaki untuk m'yertai 1 meeting ni. Utk meeting ni, ktorg kene jdik urusetia sbb melibatkn hal2 antarabangsa. Sepatutnye meeting ni di p'gerusikan oleh my minister but last minute hanya KSU yg dpt m'pengerusikan meeting 2. Mmg penat sgt nk handle meeting besar2 ni, penat, letih, tired!! Dan tbe meeting, ari isnin (ketika negeri selangor b'cuti) seawal 5.45pg aku sudah b'siap utk ke KL, kerana meeting diadakan di KL. Korang bygkn jela, mlm 2 aku xdpt tidur kerana m'galami simptom2 hdung t'sumbat. Aku rase kul 1lbh pg bru aku tido, bygkn jerk le, bpe jam jerk tido, sgt frust kne bgun awl2 pg., tp nk buat cmne...Meeting mmg sgt m'bosankn...

tgk jerk le muke aku ni yg dh xsnggup nk tunggu meeting nk abes...huhuhuhu!!

dan b'pinggan2 buah rambutan aku tibai, pnye bosan tunggu meeting ni!! hahahaha!!

Jam 12.30tgh bru ktorg balik dan smpai2 kt opis pn, kje dh menimbun2 ats meja aku...so, xde istilah lunch hour utk aku, utk beberapa mnggu ni..letihnya keje2 ujung thn ni!! huh!! 

Luv U

Nice date 13.12.11---->> Happy Birthday to my luvly hubby....we luv u so much!!! 

cuci2 mata

Sunday, 11 December 2011



Cuti-cuti kt umah, kte cuci2 mata...spe kte nk cuci mata kene kuar, duk kt umah pn bleh pe..hahahaha...tgk 2, siap dh bukak currency converter lgik...wahahahaha!

selamat tinggal MARVELON..

ni le marvelon 2..PIL Marvelon diambil selama 21hr..ekekeke...pil perancang le..genap 3thn aku ambil pil ni, sudah tbe msenye aku berenti...dh sebati aku ngn pil ni, mne xnye, tiap2 ari xbleh miss amek!! so, ble dh stop ni, abes le rutin seharian aku utk m'gingat mkn pil ni stp jam 8mlm...hehehe ;>

Kisah Hati...

Thursday, 8 December 2011

Bila hati merintih..tiada apa yg dpt diperkatakan lgik....
"tak apa klu nk menangis, jgn simpan dlm hati, nnti mkn diri..."


Tentang Dhia

Korang2.....korang tgk x cite "TENTANG DHIA" ni?? stp Isnin-Khamis, jam 7ptg-8mlm kt TV3. Wah, xpenah2 aku nk m'gulas sebuah dramakn, tp drama ni lom abis, aku dh nk jdik p'gulasnyer...wahahahaha!!


Sebab pe aku tgk cite ni, sbb drama ni dibuat kt Tg. Karang!! hahaha...leh ker mcm 2?? 2 salah 1 sbbnye...aku ni klu nk tgk cite2 aku tgk jgk spe pelakonnye...klu2 mcm2 xb'kenan kt hati, aku xtgk gk, biarle org ckp cite 2 best meletop2, tp sbb de artis2 yg aku xb'kenan (lg2 artis yg aku xb'kenan 2 jdik pelakon utama) jgn harap aku nk tgk!! poyokn aku?? wahahahaha......

Mula2 aku t'jd p'gikut setia drama ni sbb watak "melly" pompuan jahat yg suke kenakn org 2...jahat ala2 klakar, best! best sbb pe? sbb aku xsngka, ade org yg bleh b'perangai smpai mcm 2 kt dunia ni...hahahaha!! 2 le yg uat aku t'tarik, smpai aku tgk drama ni smpai ke arini....yg terbaru "dhia" ni dh kwin ngn "zikir", tp ada rancangan disebalik smuanye 2...ni smua angkara mak mertua dia, mak si zikir ni....xsbr2 aku nk tgk episod2 seterusnya...hahaha

salah 1 babak dlm drama ni....time ni seram tul!! smpai skg aku t'byg2 yg dhia ni bgun ngn mata t'beliak...huhuhu

utk p'getahuan korang, laki aku pn delh salah sorng peminat setia drama ni, tp die slalu xtgk sgt (dia tgk dr jauh jerk, smbil2 ngadap laptop uat kje)....tp aku lah yg akan menjadi p'cerita kpd die, lps cite 2 abes...hahahaha!! so korang, klu blik2 kje 2 free2 lyan le cite ni, sje utk rileks2 lps sehari bkerja..kn.....;>

comelkn Nora Danish ni....& cantik sgt sawah kt tg karang ni kn...heeee ;>

Sebelum drama ni, aku layan gk lgik 1 drama ni "SOFIYYA" tp sedihnya, aku xdpt tgk ending die...time 2 aku bukak cite 2, tp aku ngah cbuk kt dapur..tbe2 cite 2 abes...ble besok aku tunggu2 cite soffiya ni, dh xde...dh abes...meraung la aku!!! huhuhuhu

Soffiya ni pn kesian gk, kne aniaya jerk...sme mcm dhia....jahat tul org2 skg ni!! huh!! 

2012

Tuesday, 6 December 2011

Pejam celik pejam celik lgik bpe ari kte dh nk melangkah ke tahun 2012...korang ingt x yg barat mewar2kn kiamat akan berlaku pd tahun 2012 sprt filem "2012 Doomsday"...korang dh tgk?? aku de la tgk ckit, mmg agk menakutkn, tp dlm filem 2 mcm de lgik org yg t'selamat, tp kte p'caya kiamat itu akan b'laku & tiada sesiapa pn akan dpt lari dari Hari Kiamat. 

Kiamat menurut Agama Islam ......
- Kemunculan Imam Mahdi
- Kemunculan Dajjal
- Keturunan Hazrat Isa (AS)
- Kemunculan Yajooj n Majooj
- Terbitnya matahari dari Barat ke Timur
- Pintu pengampunan akan ditutup
- Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya
- Kabut selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shg mereka tidak
perlumengalami tanda2 kiamat lainnya
- Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerusakan, 
- Pemusnahan Kabah,
- Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap,
- Sangkakala akan ditiup pertama kalinya binatang2 & org2 kafir yang tersisa akan 
mati, semua gunung & bangunan akan runtuh 
- Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membangkitkan semua ciptaan Allah & 
bertemu di dataran Arafah menuju saat penghakiman mereka.. Dan Matahari akan 
mendekatkan dirinya ke bumi 

Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
"Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak"

Kita boleh kirim ribuan msj mesra, tapi bila kirim yang berkaitan dengan ibadah
mesti berpikir 2x.

Allah berfirman : "Jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari syurgaKu"

Dan apakah masih berfikir 2x untuk menyebarkan msj ini??!
'Msh ingat kiamat 2012'

COOL BLOG

Sunday, 4 December 2011

Yeah...!! dpt gk semalam aku mnum COOL BLOG ni, setelah b'minggu2 "kepengen"...hehehehehe

Aku rase skg ni tgh gile COOL BLOG ni kut, rate2 aku tnye mmg dh famos d amos le air ni...aku suke mnum CHOCOLATE BLOG + BUBLE lbih, mmg terbaek!! slalu aku beli kt GIANT Shah Alam, bru2 ni aku bru tau de kt UPM, tp ari2 aku nk try bli kt cne, tp xdpt sbb blender die hangit, kne tunggu 15 mnt..ha ko!! sungguh batak bebudak UPM ni, smpai hanget2 blander COOL BLOG ni....wakakakakaka!!!! tmpt lgik 1 adalah kt d mines, tp aku xpnah rase lgik yg kt cne...so u'll, ble2 nmpk, try le erk...codap!!

tbe2 nk letak gk pic budak ni, smlm lesap wet aku utk pedang 'star wars' die ni, RM 29.90..rase xb'baloi tul..jnji papa byr, tp smpai kaunter, mama jgk yg kne byr...tgk jerk le kegembiraan muke die 2...haish!! budak kecik....geram mama tau!!! huhuhuhu.....

Timbunan kerja...

(cite ni aku dh tulis time2 aku ngah stress kt opis, tp bru arini dpt post..hehehe..lyannnn)

Biasale bile msuk hujung tahun, makin b'timpa2 plak keje yg dtg...dtg sekali 'rapppppp'!! mmg terbaek...so, blik kje dh xde mood nk msk, nk kemas umah, nk bsuh bju....b'jalan nk msuk opis pn, rase mcm jln dlm tido jerk, huhuhu...

boleh ke aku nk apply cuti hjung2 thn ni...bukan lepas 1, 1 kje dtg, lepas 4, 5 plak kje yg dtg, smuanye nk disiapkn ngn segera...letih mak nak!! dgn big2 person yg nk keluar negara, lawatan2 dr delegasi luar, kertas2 kabinet yang perlu disegerakan, mcm2..aku ke yg uat smua 2???? slalunye xde la..mukaddimah oleh officer2 aku, tp ble dorng de meeting, or cuti maka smuanya akn b'longgok le kt ats meja aku, pehtu siap jek le ngn arahan2 yg akn msuk dlm email aku...huhuhu..

actually aku xkisah sgt ble kje b'timbun tbe2, tp sumtime yg aku hangin, dorng ni uat kje sndiri2, xnk bgtau, tp pehtu smua org akn tnye aku, tp 2 aku ok lgik, yg paling hangin klu tbe2 cuti, pehtu sedap2 sms aku itu ini, itu ini nk uat!! dh le sblum2 ni ko xpnah nk bgtau aku pe2!! udahnye aku yg kne uruskan!! sgt pnas ati ngn org2 cmni!!!!



Bila la *** ni nk pnggil aku tukar ni...........so far *** dh col aku 2x, tp msih lom de tmpat yg b'kenan di hati...cewahhh!! bukan memilih ye, sbb die tnye aku nk mane, so aku ckp le...cube die dh siap2 anta surat, so aku SYMP jek le...ye ker??? hahahaha....wat ever le.....hup, thn depan de le rezeki ke tmpat bru..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Arin's Family

The Arin's Family