1st time aku tgk ubat ni, kotaknye ckit le pnye pnjang...takut aku. Tp malangnye, aku tetap xleh mkn ubt ni..aku rase lgik truk..aku bukan takat muntah skali, tp 5x! + langsung xleh mkn ape2..
So, sbgai ikhtiar sbb hb aku makin turun, g check-up asek kne bebel, aku pn crik2 le ckit info psal 'low hb' ni..pe keburukan die, & mkanan2 yang bleh menaikkan hb aku ni....terkini hb aku 10.2...sptutnye sekurang2nya msti 11 ke atas..
* Jika semasa mengandung anda sering letih, sering pengsan, kelihatan pucat, selalu sesak nafas, janganlah ambil ringan. Berjumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut.
PENYEBAB
- Kurang pengambilan ferum dan asid folik di dalam diet harian
- mengalami kehilangand darah yang berpunca dari pendarahan gastrousus, buasir ataupun darah haid yang terlalu banyak
- proses pencernaan mungkin mengalami sedikit perubahan semasa hamil di mana ini akan menyebabkan berlakunya Anemia
- walaupun jumlah ferum dan asid folik mencukupi, tetapi sebahagiannya itu diagihkan kepada janin dalam kandungan
- Talasemia
FAKTOR-FAKTOR RISIKO
* Wanita yang mengandung yang tidak dapat makan dengan baik kerana masalah loya atau muntah
* Wanita yang mengandung kembar
* Sela masa kelahiran yang rapat
* Pemakanan yang tidak baik - kekurangan pelbagai jenis vitamin. Wanita yang tidak mengambil ferum dengan cukup adalah lebih mudah mendapat Anemia.
* Merokok dan meminum alkohol berlebihan
* Sebarang ketidakaturan atau masalah yang boleh mengurangkan penyerapan zat makanan
* Penggunaan ubat-ubat antikonvulsi
TANDA-TANDA & GEJALA
- merasa letih, lemah anggota dan sering pengsan
- kelihatan pucat
- kesukaran bernafas/ sesak nafas
- loya
- mengalami debaran (degupan jantung yang cepat)
- sakit kepala dan pening
- kerengsaan dan juga keradangan pada lidah
- mudah lupa
- mengalami Jaundis ataupun kekuningan, terutama pada mata dan kulit (jarang berlaku)
- Sakit di bahagian perut atau abdomen (jarang berlaku)
PENCEGAHAN
- Kebanyakkan ibu mengandung biasanya diberikan ferum tambahan bagi mengelakkan dari berlakunya masalah kekurangan darah
- Makan makanan yang kaya dengan ferum seperti hati, sayur bayam dan juga buah-buahan kering untuk menambahkan paras ferum dalam darah
- Makan makanan yang mengandungi asid folik seperti wheat germ, kekacang, mentega kacang, cendawan dan juga hati
- Banyak memakan makanan yang kaya dengan vitamin C seperti buah-buahan, ulan, sayur-sayuran dan juga jus oren. Ia akan meningkatkan kadar penyerapan ferum.
- Pastikan anda mengambil vitamin dan juga zat mineral tambahan terutamanya asid folik.
- Elakkan meminum kopi atau teh pada waktu dan ketika mengambil vitamin tambahan.
Sumber : Anemia Semasa Kehamilan (infosihat.gov.my)
0 Pe yang ull's rase...:
Post a Comment