MY LIFE & MY LOVE'S

Waktu Sekarang

About Me

MyLove

MyLove

AKIF WAZIEN

AKIF WAZIEN

AWRA WIRDANI

AWRA WIRDANI



BFF

BFF

Resepi Mee Bandung

Friday 26 July 2013

As-salam

Wah...rase Ramadhan tahun ni, bnyk peningkatan dalam skill memasak aku, syukur2! Mne xnye, msakan yang selama ni mmg aku takut2 nk masak, ase tahun ni, ble mr. Somi request + selambe jerk aku uat, semudah A,B,C...ceewahhh!! 

Ok, ni 1st time aku buat mee bandung (tp bukan mee bandung muar), ni mee bandung ikut suke hati aku tp sedap!! kikikikiki

Resepi :
Bwg merah, bwg putih (ditumbuk)
Cili kering 
Udang Kering (dikisar halus)
Kiub Ayam
Sotong
Tauhu (digoreng)
Sawi
Mee
Telur
Kentang (direbus & dikisar halus)

Cara-cara :
1. Tumis bwg & cili kering hingga kuar minyak
2. Masukkan sotong, masukkan udang kering, masukkan kiub ayam
3. Masukkan air (ikut suka), masukkan kentang (utk pekatkn kuah)
4. Setelah mendidih pecahkn telur (jgn hncurkn), ikut suka nk lembik or keras...hihihi, last skali masukkan sawi. Tutup api.

IFTAR 11 RAMADHAN 1434H

Wednesday 24 July 2013

As-salam

Sabtu lepas geng En. Somi buat majlis Iftar di rumah salah seorang kwn die. Tahun ni kne turn org bujang jdi tuan rumah. Since umah orang bujang, dorang decide utk memasing masak & bwk ke rumah tu. Laki aku nk buat pajerin nenas (dat's y mnggu lps aku blaja uat dh) + aku bwk agar-agar milo oreo. 

Antara menu lain :- Ayam goreng berempah, daging tetel asam pedas, telur bistik, sayur campur, ikan bakar, buah-buahan, kuih abok2?? (xpsti nme kuih) org bujang yg uat tau! hi3!!

Semput2 nk abeskan makanan ni....Alhamdulilah de la baki ktorg tapau balik utk sahur, he3!! tp tbe2, t'tgk pe le yg bdk kecik 2org tgh uat, rupernye.......

 diam2 b'pegangan tgn....haish2!!..... oh my ank dara!!!

Thanks pwen....nnti raye kte mkn2 lgik k....mmg best!!

^_^



Agar-agar Milo Oreo

As-salam

Utk pengetahuan semua dis is my 1st time uat agar2....dasyatkn mak budak ni? hihihihi....Ni pn gara-gara mnggu ni En. Somi kene bawak agar2 g opis utk majlis b'buka, nk xnk kne le b'eksperimen...har3!! Ok, dh le 1st time uat, b'lagak plak 2 nk uat agar2 mcm2, bukan nk uat agar2 sirap jerk...bru le m'cabar ye x? hi3. Oleh kerana aku suke milo, aku nk gk uat agar2 milo, so search le kt tenet...dapat resepi ni. 

Resepi :

1 paket agar-agar
750g air
160gram gula (ikut suka)
1 tin susu cair (400g)
Milo 1/2 cwn (ikut suka)
Biskut Oreo

Cara2 :

1. Rebus agar-agar dengan air sehingga hancur
2. Masukkan gula
3. Masukkan milo
4. Masukkan susu cair (gaul hingga m'didih)
5. Tuang dan taburkan oreo (biarkan seketika)
6. Masukkn ke dalam peti ais.


Oh, actually dlm resepi agar-agar ni die de 3 layer..so, sape2 yang kurang rajin spt aku, kte tonggeng jerk smua...har3!! xpyh nk layer2 bagai k! 

Selamat mencuba!!

^_^

Alkisah Pegawai Bank di atas Perahu...

Friday 19 July 2013

As-salam

(Sekadar perkongsian...)

Seorang pegawai bank ditugaskan ke sebuah kampung bagi berkempen penduduk yang baru dapat durian runtuh agar menyimpan wang yang baru diperolehinya. Dia terpaksa menyeberangi sungai yang didayung oleh seorang tua. 

Sambil perahu bergerak pegawai bank bertanya kepada lelaki tua itu, apakah pak cik pandai membaca dan menulis, jawab lelaki itu, tidak. 

Lalu kata pegawai itu, pak cik hilang separuh kejayaan kehidupan kamu. Lalu pak cik tersebut terdiam. 

"Orang yang tidak pandai membaca dan menulis dia hilang separuh keupayaan mendapat maklumat," rungut pegawai tersebut. 

“Pak cik ada simpanan wang dalam bank?” tanya pegawai lagi. 

"Tak der,” jawab pak cik dengan selamba. 

"Oh, pak cik hilang separuh kebahagiaan masa depan, bagaimana nanti apabila kita dah tua dan tak mampu lagi untuk bekerja, kalau tidak punya simpanan.” 

Jawab pendayung sampan itu, "pendapatan saya hanya cukup cukup untuk makan saja, macam mana nak simpan durian runtuh ni pun dah lebih 50 tahun baru dapat”.

Lalu pegawai bank menasihati pak cik tersebut agar menyimpan, “kalau tidak separuh kehidupan masa depan akan pudar”.

Sampan terus bergerak laju, tidak semena-mena terlanggar satu kayu di dalam sungai, menyebabkan perahu uzur itu bocor dan air mulai memasuki perahu tersebut. 

Lalu pak cik tua itu bertanya pegawai bank adakah dia pandai berenang? 

Jawab pegawai tersebut, "saya tak pandai langsung berenang”.

Jawab pak cik pendayung sampan, "kalau begitu kamu hilang semua kehidupan kamu”.

Dapat isi tersirat? Senyum.

Oleh:
Tuan Ibrahim Tuan Man

Hati Seorang Isteri

As-salam

Aku melihat ramai blogger mengulas tentang kisah rumah tangga Ashraf Muslim dan para isterinya. Sebagai seorang isteri, aku amat-amat terkesan dengan kisah sebegitu. Terkesan yang membuatkn aku terpikir secara +ve dan -ve. Ya, memang jawapan mudah bagi seorang suami 'sudah jodoh'....dan ya, memang itu hak suami untuk berkahwin lebih dari satu...tp adakah susah untuk berlaku jujur dengan isteri anda? Dan tidakkah pernah terlintas dalam fikiran suami, kenapa isteri selalunya sukar menerima untuk dimadukan? 

Wanita itu hatinya sangat jujur bile die memperkatakan tentang kasih sayang, tentang cinta. Wahai para suami, selamilah hati isterimu...selamilah hati para isterimu...Seorang isteri itu hanya tidak mahu suaminya berada dalam golongan neraka jahanam....dan wahai suami, sanggupkan kamu melihat isterimu masuk ke neraka kerana kamu? kerana kamu yang membuat die sentiasa berprasangka. Ia, kamu bukanlah Nabi Muhammad saw & kami bukanlah Siti Khadijah, jadi bersamalah membina mahligai yang indah di dunia moga syurga menanti di akhirat kelak...



Wallahua'lam.....


Her 1st Solid Food

Wednesday 17 July 2013

As-salam..

"Awak tau x arini ari ape? arini ari sabtu bermakna Awra dah 6bulan..yeahhh!!" hihihih

Sabtu lepas (13/7/13) anak dara aku Awra Wirdani dah genap 6bulan. Cepat tul ase mase b'lalu...aku seperti mama2 diluar cne cbuk menyiapkan diri utk menyediakan menu si kecil ni...tp tgk la keterujaan die plak ble dpt mkn...

Sangat gembira dapat menumpahkan semangkuk makanan...haish budak bam2 ni....sbr lah mama ye, teruskan usaha dengan menu2 yg seterusnya...hehehehehe

Luv u Awra!!

^_^

Menu Pertama Kali Masak

As-salam

Tidak seperti Ramadhan sebelum ni dimana aku banyak m'update menu seharian ketika berbuka, tp pada tahun ni aku nak buat sdikit kelainan yang mana aku hanya akan m'update menu2 yang pertama kali aku dan Mr. Somi buat...hihihi...

PAJERIN NENAS

Sowi2, lupa nk snap pic pajerin nenas jerk...hihihi... 1st time aku buat pajerin atas permintaan Mr. Somi. Agk takut utk m'cuba tp ku gagahkan jua...hahaha!! Resepi aku amek dari blog Dari Dapur Madiha, thank u so much! walaupn ade 2-3 brg yang aku xdpt nk msukkn, tp ble aku mkn rase pajerin nenas kre ok la 2 kn? hahahaha!!!

CHAR KWAY TEOW

Yg ni Mr. Somi yang masak...aku xtau die bubuh ape, tp ase superb!! yeahh, dh xpyh nk bli2 or mkn2 kt luar lgik...order jerk kt die!! hahahaha...thank u Mr. Somi
 
IKAN PARI MASAK LEMAK CILI API

Menu ni aku masak b'buka puasa semalam...Mr. Somi sms nk makan 'ikan laut' masak lemak cili api...fenin aku duk pkir ikan laut ape? udhnye aku g psr aku nmpk ikan pari jerk...hahaha!! bgtau kwn2 nk masak lemak, smua t'pinga2. Dorang ckp xpnah mkn...aku pn cm ase2 penah mkn ke x, atau aku memandai2...xpela, aku try jerk le...hihihi..

Resepi :

Ikan Pari 
Bawang Merah, Putih
Cili Api
Kentang
Serai
Santan
Asam Keping

Cara Memasak :

1. Panggang/salai ikan Pari. 
2. Tumbuk bawang merah, putih, Cili api dan serai (ketuk shj).
3. Masukkan sedikit air, masukkan bahan2 yang telah ditumbuk & serai & masukkan kentang. Tunggu sehingga mendidih. (Aku xtumis sbb nk kurangkn penggunaan minyak)
4. Masukkan ikan pari dan kemudian santan dan sediki asam keping
5. Letak sedikit air lagi utk lebih kuah. Perasakan.

Taraaaaaaa!!



Sekian.

^_^

Hadiah GA #Jun blog

As-salam

Alhamdulilah, hari tu aku de menang GA dari http://www.aina-rahman.blogspot.com ....

Aku ni jenis lau menang sesuatu aku akn cpt2 PM org tu & lepas 2 aku akn lupe la..hahaha!! so aku b'terima kasih sgt kt sis ats rase tanggungjawab dan keperihatinan die...Semalam aku dpt sms, sis ckp xdpt bagi hadiah gelang 2 sbb supplier xdpt siapkan so die mintak digantikan dgn RM...

Actually aku mmg sgt2 terharu..jarang dpt org cmni...sbb pe aku ckp mcm 2? sbb aku pnah menang 2-3 GA dlm blog, aku dh PM smpai ke sudah diam jerk....xpelah, tu antara die ngn Allah jerk nnti, mls la nk PM tnye bnyk2 kali kn... ;) ok2, back 2 cite...aku pn reply ok kt sis , & say thank u so much! xsmpai 5mnt aku dpt sms...

 Thank u so much sis!! Cth kepada mereka2 yg nk buat GA and dh buat GA.... jujurlah!

uh....baru ni de menang saguhati kt FB...actually Contest ni di buat di blog dan FB, aku join dua2 tp rezeki di FB, hihihi...

Alhamdulilah, dapat tasbih digital ni sblum bulan pose ari2....Thank u! Jom follow Jom Singgah Shoppe dan Boutique smua brg2 murah2 hokeh!!


^_^

GA Ramadhan Raya by Emas Putih

Friday 12 July 2013


Hadiah
Top Referral - RM50
84 Hadiah untuk dimenangi

Tarikh Mula 10 Julai 2013- 24 Julai 2013 (11:59pm)


Bandar Yang Tenggelam Musnah Di Laut 25 Tahun Lalu, Muncul Di Permukaan Semula!

Thursday 4 July 2013

As-salam.. 

Bayangkan. Kalau sebuah kereta yang tenggelam dalam sungai bertahun-tahun lamanya, tiba-tiba timbul di permukaan semula. Rasanya cerita itu dah cukup buatkan kita rasa terkejut dengan kemunculan kereta yang hilang.
Macam mana kalau sebuah bandar yang telah lama musnah dan ditenggalami air laut, tiba-tiba muncul semula di permukaan selepas 25 tahun?
Memang terkejut mengetahui fenomena alam yang sangat jarang sekali berlaku.
Kejadian ini sebenarnya berlaku di sebuah bandar Argentina , iaitu lebih di kenali sebagai Villa Epecuen.


kemusnahan bandar lebih 25tahun dahulu

 perbezaan gambar bandar 25tahun yang lalu dengan realiti sekarang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The Arin's Family

The Arin's Family